Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من مشى في حاجة أخيه كان خيراً له من اعتكاف عشر سنين، ومن اعتكف يوماً ابتغاء وجه الله؛ جعل الله بينه وبين النار ثلاثة خنادق، كل خندق أبعد ما بين الخافقين.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang berusaha menunaikan hajat saudaranya, maka ianya lebih baik daripada beriktikaf selama sepuluh tahun. Sesiapa yang beriktikaf satu hari ikhlas kerana Allah, maka Allah akan menjadikan jarak antara dirinya dan neraka itu sejauh tiga parit, dan setiap parit itu jaraknya jauh antara dua ufuk.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1151, hadis no. 5823. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس رضي الله عنهما-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من مشى في حاجة أخيه كان خيراً له من اعتكاف عشر سنين ومن اعتكف يوماً ابتغاء وجه الله جعل الله بينه وبين النار ثلاثة خنادق كل خندق أبعد ما بين الخافقين. [طس، هب، الضعيفة (5345)]
(Lemah) Daripada Ibn ‘Abbas, Nabi SAW bersabda: Sesiapa yang berusaha menunaikan hajat saudaranya, maka ianya lebih baik daripada beriktikaf selama sepuluh tahun. Sesiapa yang beriktikaf satu hari ikhlas kerana Allah, maka Allah akan menjadikan jarak antara dirinya dan neraka itu sejauh tiga parit, dan setiap parit itu jaraknya jauh antara dua ufuk. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Bayhaqi dalam Syu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no.5345]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman