Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang beruban di jalan Allah

Teks Bahasa Arab

مَن شاب شيبةً في سبيلِ اللهِ ، تباعَدت منه جهنَّم ُمسيرةَ خَمسِمائةِ عامٍ.

Teks Bahasa Melayu

Sesiapa yang beruban di jalan Allah, neraka Jahannam akan menjauh daripadanya dengan jarak 500 tahun.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 984, hadis no. 5073. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أنس– رضي الله عنه – مرفوعا: ((‌من ‌شاب شيبة في سبيل الله؛ تباعدت منه جهنم مسيرة خمسمائة عام)). [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (2354)]

(Sangat Dhaif) Daripada Anas RA secara marfu’ – dinisbahkan kepada Nabi SAW, ((Sesiapa yang beruban di jalan Allah, neraka Jahannam akan menjauh daripadanya dengan jarak 500 tahun.)) [Disebutkan oleh ibn Asakir dalam Tarikh Dimashq. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2354]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.