TEKS BAHASA ARAB
من تكلم بالفارسية زادت في خبثه ونقصت من مروءته.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang bertutur dalam bahasa Parsi, ia akan menambahkan keburukannya dan mengurangkan maruahnya
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 134, hadis nombor 672. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال: قال رسول اللہ ﷺ: من تكلم بالفارسية زادت في خبثه ونقصت من مروءته . [ك،عد، ابن الجوزي، الضعيفة (6190)].
(Palsu) Daripada Anas ibn Mālik RA telah berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Sesiapa yang bertutur dalam bahasa Parsi, ia akan menambahkan keburukannya dan mengurangkan maruahnya. [Diriwayatkan oleh al-Ḥākim dalam al-Mustadrak, Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil, Ibn al-Jawzī dalam al-Mawḍū‘āt. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (6190)].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.