Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من تكلم بالفارسيةِ زادت في خبثِه ونقصت من مروءتِه.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang bertutur dalam bahasa Parsi, ia akan menambahkan keburukannya dan mengurangkan maruahnya
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 134, hadis no. 672. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال: قال رسول اللہ ﷺ: من تكلم بالفارسية زادت في خبثه ونقصت من مروءته . [ك،عد، ابن الجوزي، الضعيفة (6190)].
(Palsu) Daripada Anas ibn Mālik RA telah berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Sesiapa yang bertutur dalam bahasa Parsi, ia akan menambahkan keburukannya dan mengurangkan maruahnya. [Riwayat al-Ḥākim dalam al-Mustadrak, Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil, Ibn al-Jawzī dalam al-Mawḍū‘āt. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (6190)].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman