Sesiapa yang berterusan berulang alik ke masjid, maka dia akan mendapat seorang saudara yang dapat dia peroleh manfaat kerana Allah SWT

TEKS BAHASA ARAB

من أدمن الاختلاف إلى المسجد أصاب أخا مستفادا في الله وعلما مستطرفا وكلمة تدله على الهدى وأخرى تصرفه عن الردى ورحمة منتظرة ويترك الذنوب حياء أو خشية.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang berterusan berulang alik ke masjid, maka dia akan mendapat seorang saudara yang dapat dia peroleh manfaat kerana Allah SWT, ilmu yang berfaedah, kalimah yang memandunya ke arah petunjuk, dan satu lagi (kalimah) yang menjauhkannya daripada kebinasaan. Dia akan mendapat rahmat yang ditunggu serta meninggalkan dosa kerana malu ataupun takut.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 133, hadis nombor 669. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن الحسن رضي الله عنه قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: من أدمن الاختلاف إلى المسجد أصاب أخاً مشتقاداً في الله وعلمًا مستطرفاً وكلمة تدله على الهدى وأخرى تصرفُه عن الردى ورحمة منتظرة ويترك الذنوب حياء أو خشية. [طب، عد، ابن حبان في الضعفاء، ابن عساكر، الضعيفة (6283)].

(Palsu) Daripada al-Ḥasan RA berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang berterusan berulang alik ke masjid, maka dia akan mendapat seorang saudara yang dapat dia peroleh manfaat kerana Allah SWT, ilmu yang berfaedah, kalimah yang memandunya ke arah petunjuk, dan satu lagi (kalimah) yang menjauhkannya daripada kebinasaan. Dia akan mendapat rahmat yang ditunggu serta meninggalkan dosa kerana malu ataupun takut. [Diriwayatkan oleh al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr, Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil, Ibn Ḥibbān dalam al-Ḍu‘afā’, Ibn ‘Asākir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (6283)]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs