Sesiapa yang bertemu saudaranya usai solat Jumaat, lalu dia mengucapkan: “Semoga Allah menerima (amalan) daripada kami dan kamu”

TEKS BAHASA ARAB

من لقي أخاه عند الانصراف من الجمعة، فليقل: يقبل الله منا ومنك، فإنها فريضة أديتموها إلى ربكم عز وجل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang bertemu saudaranya usai solat Jumaat, lalu dia mengucapkan: “Semoga Allah menerima (amalan) daripada kami dan kamu”, maka ia adalah suatu kewajipan yang telah kalian tunaikan kepada Tuhan kalian Azzawajalla.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 329, hadis nombor 1731. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عباس – رضي الله عنهما – قال: قال رسول الله صلّى الله عليه وسلّم: ((من لقي أخاه عند الانصراف من الجمعة، فليقل: يقبل الله منا ومنك، فإنها فريضة أديتموها إلى ربكم عز وجل)). [أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (5667)].

(Palsu) Daripada ibn Abbas RA, beliau berkata, Rasulullah ﷺ bersabda: "Sesiapa yang bertemu saudaranya usai solat Jumaat, lalu dia mengucapkan: “Semoga Allah menerima (amalan) daripada kami dan kamu”, maka ia adalah suatu kewajipan yang telah kalian tunaikan kepada Tuhan kalian Azzawajalla.” [Riwayat Abu Nu‘aym dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5667].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.