Sesiapa yang bertemu dengan musuh kemudian dia bersabar sehingga dia terbunuh atau dia mengalahkan musuhnya

TEKS BAHASA ARAB

من لقي العدو فصبر حتى يقتل أو يغلب لم يفتن في قبره.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang bertemu dengan musuh kemudian dia bersabar sehingga dia terbunuh atau dia mengalahkan musuhnya, nescaya dia tidak akan diseksa di dalam kuburnya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1006, hadis nombor 5181. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي أيوب الأنصاري رضي الله عنه مرفوعا: من لقي العدو فصبر حتى يقتل أو يغلب لم يفتن في قبره. [طب، ك، الضعيفة (4651)].

(Lemah) Daripada Abu Ayyub al-Ansari RA, beliau meriwayatkan secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang bertemu dengan musuh kemudian dia bersabar sehingga dia terbunuh atau dia mengalahkan musuhnya, nescaya dia tidak akan diseksa di dalam kuburnya. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, dan Mustadrak al-Hakim. Lihat Silsilah al-Dha'ifah no. 4651]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs