Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من لقي العدو فصبر حتى يقتل أو يغلب لم يفتن في قبره.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang bertemu dengan musuh kemudian dia bersabar sehingga dia terbunuh atau dia mengalahkan musuhnya, nescaya dia tidak akan diseksa di dalam kuburnya.
Sahabat Perawi
- Abu Ayyub al-Ansari RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1006, hadis no. 5181. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي أيوب الأنصاري رضي الله عنه مرفوعا: من لقي العدو فصبر حتى يقتل أو يغلب لم يفتن في قبره. [طب، ك، الضعيفة (4651)].
(Lemah) Daripada Abu Ayyub al-Ansari RA, beliau meriwayatkan secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang bertemu dengan musuh kemudian dia bersabar sehingga dia terbunuh atau dia mengalahkan musuhnya, nescaya dia tidak akan diseksa di dalam kuburnya. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, dan Mustadrak al-Hakim. Lihat Silsilah al-Dha'ifah no. 4651]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman