Sesiapa yang bertawaf di Baitullah secara seminggu

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من طاف بهذا البيت أسبوعا وصلى خلف المقام ركعتين وشرب من ماء زمزم غفرت له ذنوبه بالغة ما بلغت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang bertawaf di Baitullah secara seminggu, dan solat di belakang maqam 2 rakaat, dan minum air zamzam, akan diampunkan dosanya walau sebanyak mana pun.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 759, hadis nombor 3883. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن جابر -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من طاف بهذا البيت أسبوعا، وصلى حلف المقام ركعتين، وشرب من ماء زمزم، غفرت له ذنوبه بالغة ما بلغت)).
[الواحدي في ((تفسيره))، الجندي في ((فضائل مكة))، ((الضعيفة)) (6016)]

(Lemah) Daripada Jabir RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang bertawaf di Baitullah secara seminggu, dan solat di belakang maqam 2 rakaat, dan minum air zamzam, akan diampunkan dosanya walau sebanyak mana pun.
[Riwayat al-Wahidi dalam tafsirnya dan al-Jundi dalam Fadhail Makkah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6016]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.