Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن طافَ بِهَذا البيتِ أسبوعًا وصلَّى خَلفَ المقامِ رَكْعتينِ وشَرِبَ مِن ماءِ زمزمَ غُفِرَت لَهُ ذنوبُهُ بالغةً ما بلغَت.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang bertawaf di Baitullah secara seminggu, dan solat di belakang maqam 2 rakaat, dan minum air zamzam, akan diampunkan dosanya walau sebanyak mana pun.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 759, hadis no. 3883. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن جابر -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من طاف بهذا البيت أسبوعا، وصلى حلف المقام ركعتين، وشرب من ماء زمزم، غفرت له ذنوبه بالغة ما بلغت)). [الواحدي في ((تفسيره))، الجندي في ((فضائل مكة))، ((الضعيفة)) (6016)]
(Daif) Daripada Jabir RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang bertawaf di Baitullah secara seminggu, dan solat di belakang maqam 2 rakaat, dan minum air zamzam, akan diampunkan dosanya walau sebanyak mana pun. [Riwayat al-Wahidi dalam tafsirnya dan al-Jundi dalam Fadhail Makkah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6016]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman