Sesiapa yang bertasbih pada penghujung setiap solat fardu sebanyak seratus kali, bertakbir seratus kali dan bertahlil seratus kali, nescaya Allah mengampunkan baginya dosa-dosanya sekalipun ia lebih banyak daripada buih lautan

TEKS BAHASA ARAB

من سبح دبركل صلاة مكتوبة مائة مرة، وكبر مائة مرة، وهلل مائة، غفر الله له ذنوبه وإن كانت أكثر من زبد البحر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang bertasbih pada penghujung setiap solat fardu sebanyak seratus kali, bertakbir seratus kali dan bertahlil seratus kali, nescaya Allah mengampunkan baginya dosa-dosanya sekalipun ia lebih banyak daripada buih lautan.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 362, hadis nombor 1930. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي هريرة – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «من سبح دبر كل صلاة مكتوبة مائة مرة، وكبر مائة مرة، وهلل مائة مرة، غفر الله له ذنوبه وإن كانت أكثر من زبد البحر». [ن في «عمل اليوم والليلة»، محمد بن الحسن الطبري في «الأمالي»، «الضعيفة» (1243)].

(Munkar) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Sesiapa yang bertasbih pada penghujung setiap solat fardu sebanyak seratus kali, bertakbir seratus kali dan bertahlil seratus kali, nescaya Allah mengampunkan baginya dosa-dosanya sekalipun ia lebih banyak daripada buih lautan". [Riwayat al-Nasa’i dalam ‘Amal al-Yawm wa al-Laylah dan Muhammad bin al-Hasan al-Tabari dalam al-Amali. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1243].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.