Sesiapa yang bertambah ilmunya namun tidak bertambah petunjuk

TEKS BAHASA ARAB

حديث: من ازداد علما ولم يزدد هدى، لم يزدد من الله إلا بعدا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesiapa yang bertambah ilmunya namun tidak bertambah petunjuk, maka tidak bertambah apa pun daripada Allah melainkan jarak antara dia dan Allah semakin jauh.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 288, hadis nombor 56. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال في المختصر: ضعيف.

Al-Fairuzabadi berkata dalam al-Mukhtasar: hadith ini lemah (dhaif).

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs