Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من اتقى الله كَلَّ لسانُه، ولم يُشْفَ غيظُه.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang bertakwa kepada Allah maka penatlah lidahnya dan tertahanlah amarahnya.
Sahabat Perawi
- Sahl Bin Sa’ad RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2002, hadis no. 10039. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن سهل بن سعد رضي الله عنه مرفوعاً: من اتفى الله كل لسانه، ولم يشف غيظه. [ابن أبي الدنيا في ((الورع))، السلقي في ((الأربعين البلدانية))، أبو القاسم ابن عساكر في ((الطرق الأربعين))، ابن التجارة، ((الضعيفة)) (2301)]
(Munkar) Daripada Sahl bin Sa’ad RA-diriwayat secara marfu’-: Sesiapa yang bertakwa kepada Allah maka penatlah lidahnya dan tertahanlah amarahnya. [Riwayat Ibn Abu al-Dunya dalam al-Wara’, al-Salfi dalam al-'Arba’in al-Buldaniati, Abu al-Qasim Ibn Asakir dalam Turuq al-'Arba’in, Ibn al-Tijarah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2301]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman