Sesiapa yang bertakwa kepada Allah Azzawajalla, nescaya dia akan hidup dalam keadaan kuat dan dia berjalan di negara musuhnya dalam keadaan aman

TEKS BAHASA ARAB

من اتقى الله – عز وجل – عاش قويا، وسار في بلاد عدوه آمنا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang bertakwa kepada Allah Azzawajalla, nescaya dia akan hidup dalam keadaan kuat dan dia berjalan di negara musuhnya dalam keadaan aman.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 466, hadis nombor 2499. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن سمرة – رضي الله عنه – مرفوعا: «من اتقى الله – عز وجل – عاش قويا، وسار في بلاد عدوه آمنا». [أبو نعيم في «أخبار أصبهان»، «الضعيفة» (2889)].

(Lemah) Daripada Samurah RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Sesiapa yang bertakwa kepada Allah Azzawajalla, nescaya dia akan hidup dalam keadaan kuat dan dia berjalan di negara musuhnya dalam keadaan aman". [Riwayat Abū Nu‘aym dalam Akhbār Aṣbahān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2889].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs