Sesiapa yang bersyair dengan syair yang ada kejian maka potonglah lidahnya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من أحدث هجاء في الإسلام؛ فاقطعوا لسانه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang bersyair dengan syair yang ada kejian maka potonglah lidahnya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 817, hadis nombor 4205. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن غضيف أو أبي غضيف –رضي الله عنه- صاحب رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: ((من أحدث هجاء في الإسلام؛ فاقطعوا لسانه)).
[طب، ((الضعيفة)) (6302)]

(Sangat lemah) Daripada Udhaif atau Abi Udhaif RA sahabat Rasulullah SAW: Sesiapa yang bersyair dengan syair yang ada kejian maka potonglah lidahnya.
[Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6302]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.