TEKS BAHASA ARAB
حديث: من حلف بالله صادقا كان كمن سبح الله وقدسه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Sesiapa yang bersumpah benar dengan nama Allah, maka dia seperti orang yang bertasbih dan menyucikan Allah.
STATUS
Tidak diketahui
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 180, hadis nombor 559. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال ابن الديبع: ما علمته في المرفوع.
وقد قال الشافعي: ما حلفت بالله قط صادقا ولا كاذبا إجلالا لله.
Ibn al-Daiba’ berkata: Saya tidak mengetahuinya dalam hadith marfu’.
Al-Syafie telah berkata: Aku tidak pernah sekalipun bersumpah dengan nama Allah sama ada dengan benar atau dusta kerana mengangungkan Allah.
RUJUKAN
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.