Aku tidak mengetahuinya dalam hadis marfu'

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang bersumpah benar dengan nama Allah

Teks Bahasa Arab

حَدِيث: من حلف بِاللَّه صَادِقا كَانَ كمن سبح الله وقدسه.

Teks Bahasa Melayu

Hadis: Sesiapa yang bersumpah benar dengan nama Allah, maka dia seperti orang yang bertasbih dan menyucikan Allah.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Ibn al-Daiba’ (m. 944H)

Status

Aku tidak mengetahuinya dalam hadis marfu'

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 180, hadis no. 559. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال ابن الديبع: ما علمته في المرفوع. وقد قال الشافعي: ما حلفت بالله قط صادقا ولا كاذبا إجلالا لله.

Ibn al-Daiba’ berkata: Aku tidak mengetahuinya dalam hadis marfu'. Al-Syafie telah berkata: Aku tidak pernah sekalipun bersumpah dengan nama Allah sama ada dengan benar atau dusta kerana mengangungkan Allah.

Rujukan

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.