Sesiapa yang bersubahat dengan kafir Zimmi

TEKS BAHASA ARAB

من ‌شارك ‌ذميا فتواضع له؛ إذا كان يوم القيامة ضرب فيما بينهما وادٍ من نارٍ، فقيل للمسلم: خض إلى ذلك الجانب حتى تحاسب شريكك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang bersubahat dengan kafir Zimmi dan tunduk kepadanya; Apabila tiba hari kiamat, maka akan diletakkan antara keduanya lembah dari neraka. Lalu dikatakan kepada Muslim, pergilah ke sebelah sana sehingga teman kamu dihisab.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 683, hadis nombor 3514. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل) عن ابن عمر -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((‌من ‌شارك ‌ذميا فتواضع له؛ إذا كان يوم القيامة ضرب فيما بينهما واد من نار، فقيل للمسلم: خض إلى ذلك الجانب حتى تحاسب شريكك)). [خط، ابن الجوزي في ((الموضوعات))، ((الضعيفة)) (5785)]

(Batil) Daripada Ibn Umar RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang bersubahat dengan kafir Zimmi dan tunduk kepadanya; Apabila tiba hari kiamat, maka akan diletakkan antara keduanya lembah dari neraka. Lalu dikatakan kepada Muslim, pergilah ke sebelah sana sehingga teman kamu dihisab.” [Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad dan Ibn al-Jauzi dalam al-Maudhu'at. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5785]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs