Sesiapa yang bersifat tenang maka dia telah melakukan perkara yang benar

TEKS BAHASA ARAB

من تأنى؛ أصاب أو كاد، ومن عجل؛ أخطأ أو كاد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang bersifat tenang maka dia telah melakukan perkara yang benar ataupun hampir-hampir menepati kebenaran. Manakala sesiapa yang tergopoh gapah maka dia telah melakukan kesalahan atau hampir-hampir melakukan kesalahan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 212, hadis nombor 1119. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عقبة بن عامر – رضي الله عنه – مرفوعا: ((من تأنى؛ أصاب أو كاد، ومن عجل؛ أخطأ أو كاد)). [طس، أبو بكر بن أبي علي المعدل في ((سبع مجالس من الأمالي))، ((الضعيفة)) (4569)]

(Lemah)
Daripada Uqbah bin Amir RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang bersifat tenang maka dia telah melakukan perkara yang benar ataupun hampir-hampir menepati kebenaran. Manakala sesiapa yang tergopoh gapah maka dia telah melakukan kesalahan atau hampir-hampir melakukan kesalahan.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat, Abu Bakar bin Ali al-Mu’dal dalam Sab’u al-Majalis min al-Amali. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4569]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs