Sesiapa yang berselawat kepadaku kerana mengagungkan hak aku

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حديث: من صلى علي صلاة تعظيما لحقي، خلق الله من ذلك القول ملكا له جناح بالمشرق، والآخر بالمغرب، ورجلاه مقرونتان في الأرض السابعة السفلى، وعنقه ملتوية تحت العرش، يقول الله له: صل على عبدي كما صلى على نبيي، فهو يصلي عليه يوم القيامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesiapa yang berselawat kepadaku kerana mengagungkan hak aku, Allah akan menciptakan daripada ucapan selawat itu satu malaikat yang mempunyai satu sayapnya berada di sebelah timur dan sebelah lagi di barat, kedua-dua kakinya rapat di bumi lapisan ketujuh paling bawah, manakala lehernya pula bengkok di bawah Arasy, Allah berfirman kepadanya: Selawatlah ke atas hamba-Ku sebagaimana dia telah berselawat ke atas nabi-Ku, maka ia berselawat ke atasnya pada hari Kiamat.

STATUS

Tidak ditemui

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 187, hadis nombor 583. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

لم يوجد.
بل قال العراقي ما يحكى من أن الله يخلق بسبب الأعمال الحسنة ملكا يسبح ويكون تسبيحه للعامل. باطل موضوع، لا أصل له، والله تعالى أعلم.

Tidak ditemui.
Bahkan, al-‘Iraqi berkata terhadap hadith yang diceritakan bahawa Allah akan menciptakan dengan sebab amalan-amalan kebaikan satu malaikat yang bertasbih dan tasbihnya untuk orang yang beramal: Batil lagi palsu, tidak ada asalnya. Wallahua’lam.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.