Tidak Ditemui
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حَدِيث: من صلى عَليّ صَلَاة تَعْظِيمًا لحقي، خلق الله من ذَلِك القَوْل ملكا لَهُ جنَاح بالمشرق، وَالْآخر بالمغرب، وَرجلَاهُ مقرونتان فِي الأَرْض السَّابِعَة السُّفْلى، وعنقه ملتوية تَحت الْعَرْش، يَقُول الله لَهُ: صل على عَبدِي كَمَا صلى على نبيي، فَهُوَ يُصَلِّي عَلَيْهِ يَوْم الْقِيَامَة.
Teks Bahasa Melayu
Hadis: Sesiapa yang berselawat kepadaku kerana mengagungkan hak aku, Allah akan menciptakan daripada ucapan selawat itu satu malaikat yang mempunyai satu sayapnya berada di sebelah timur dan sebelah lagi di barat, kedua-dua kakinya rapat di bumi lapisan ketujuh paling bawah, manakala lehernya pula bengkok di bawah Arasy, Allah berfirman kepadanya: Selawatlah ke atas hamba-Ku sebagaimana dia telah berselawat ke atas nabi-Ku, maka ia berselawat ke atasnya pada hari Kiamat.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)
Status
Tidak Ditemui
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 187, hadis no. 583. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
لم يوجد. بل قال العراقي ما يحكى من أن الله يخلق بسبب الأعمال الحسنة ملكا يسبح ويكون تسبيحه للعامل. باطل موضوع، لا أصل له، والله تعالى أعلم.
Tidak ditemui. Bahkan, al-'Iraqi berkata terhadap hadis yang diceritakan bahawa Allah akan menciptakan dengan sebab amalan-amalan kebaikan satu malaikat yang bertasbih dan tasbihnya untuk orang yang beramal: Batil lagi palsu, tidak ada asalnya. Wallahua'lam.
Rujukan
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
Makluman