Classification icon

Batil

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang berselawat ke atasmu siang dan malam sebanyak seratus kali, aku akan berselawat ke atasnya sebanyak dua ribu kali

Teks Bahasa Arab

حديث: مَنْ صَلَّى عَلَيْكَ فِي الْيَوْمِ وَاللَّيْلَةِ مِائَةَ مَرَّةٍ، صَلَّيْتُ عَلَيْهِ أَلْفَيْ صَلاةٍ، وَيُقْضَى لَهُ أَلْفُ حاجة، أيسرها أن يعتقه مِنَ النَّارِ.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Sesiapa yang berselawat ke atasmu siang dan malam sebanyak seratus kali, aku akan berselawat ke atasnya sebanyak dua ribu kali dan aku akan tunaikan baginya seribu hajat. Yang paling mudah adalah membebaskannya dari api neraka.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Mas'ud RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Batil

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 325, hadis no. 15. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الخطيب عن ابن مسعود مرفوعا: وقال: باطل. وقال في الميزان: موضوع المتن والإسناد.

Diriwayatkan oleh al-Khatib daripada Ibn Mas’ud secara marfu (disandarkan kepada Nabi SAW). Dia berkata: Batil. Dia berkata dalam al-Mizan: Sanad dan matannya adalah palsu.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.