Sesiapa yang berselawat ke atasku

TEKS BAHASA ARAB

من صلى علي، كتب الله عز وجل له بها عشر حسنات، ومحا عنه بها عشر سيئات، ورفعه بها عشر درجات، وكن له عدل عتق عشر رقاب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang berselawat ke atasku, Allah akan mencatatkan baginya sepuluh kebaikan, menghapuskan daripadanya sepuluh keburukan dan mengangkatnya dengan selawat tersebut sepuluh darjat, dan kesemua ganjaran tersebut menyamai memerdekakan sepuluh orang hamba tawanan.

STATUS

Munkar dengan Penambahan: Hamba Tawanan

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2065, hadis nombor 10377. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بزيادة: ((الرقاب)))
عن البراء بن عازب – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من صلى عليّ، كتب الله – عز وجل – له بها عشر حسنات، ومحا عنه بها عشر سيئات، ورفعه بها عشر درجات، وكنّ له عدل عِتق عشر رِقاب.
[ابن أبي عاصم في ((الصلاة على النبي صلى الله عليه وسلم))، ((الضعيفة)) (6625)]

(Munkar Dengan Penambahan: Hamba Tawanan)
Daripada al-Barā’ bin ‘Āzib RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang berselawat ke atasku, Allah akan mencatatkan baginya sepuluh kebaikan, menghapuskan daripadanya sepuluh keburukan dan mengangkatnya dengan selawat tersebut sepuluh darjat, dan kesemua ganjaran tersebut menyamai memerdekakan sepuluh orang hamba tawanan.
[Riwayat Ibn Abu ‘Āṣim dalam al-Ṣalāh ‘Alā al-Nabī SAW. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6625]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.