TEKS BAHASA ARAB
حديث: من صلى علي في كل يوم جمعة أربعين مرة. محا الله عز وجل عنه ذنوب أربعين سنة، ومن صلى علي مرة واحدة فتقبلت منه. محا الله عنه ثمانين سنة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Sesiapa yang berselawat ke atasku setiap hari Jumaat sebanyak 40 kali, Allah akan menghapuskan dosanya selama 40 tahun. Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali dan aku menerimanya, Allah akan menghapuskan dosanya selama 80 tahun.
STATUS
Matruk
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 329, hadis nombor 40. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
في إسناده: متهم بالوضع.
Pada sanadnya terdapat: Perawi yang dituduh memalsukan hadith.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.