Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali, Allah akan menuliskan sepuluh kebaikan buatnya, menghapuskan sepuluh dosa

TEKS BAHASA ARAB

من صلى علي كتبت الله عز وجل له بها عشرحسنات ومحا عنه بها عشر سيئات ورفعه بها عشر درجات وكن له عدل عتق عشر رقاب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali, Allah akan menuliskan sepuluh kebaikan buatnya, menghapuskan sepuluh dosa, mengangkatnya sepuluh darjat, dan memperoleh ganjaran yang menyamai pahala membebaskan sepuluh orang hamba.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1122, hadis nombor 5665. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بزيادة الرقاب) عن البراء بن عازب رضي الله عنه قال: قال صلى الله عليه وسلم: من صلى عليّ كتب الله عز وجل له بها عشرحسنات ومحا عنه بها عشر سيئات ورفعه بها عشر درجات وكن له عدل عتق عشر رقاب. [ابن أبي عاصم في الصلاة على النبي صلى الله عليه وسلم، الضعيفة (6625)].

(Munkar dengan tambahan perkataan hamba) Daripada al-Bara’ bin ‘Azib RA, beliau berkata: Nabi SAW bersabda: Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali, Allah akan menuliskan sepuluh kebaikan buatnya, menghapuskan sepuluh dosa, mengangkatnya sepuluh darjat, dan memperoleh ganjaran yang menyamai pahala membebaskan sepuluh orang hamba. [Riwayat Ibn Abi ‘Asim dalam al-Salat ‘ala al-Nabi SAW. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6625]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs