TEKS BAHASA ARAB
من صلى علي صلاة واحدة صلى الله عليه عشرا ومن صلى علي عشرا صلى الله عليه مئة. ومن صلى علي مئة كتب الله بين عينيه براءة من النفاق وبراءة من النار وأسكنه الله يوم القيامة مع الشهداء.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali, Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali. Sesiapa yang berselawat ke atasku sepuluh kali, Allah akan berselawat ke atasnya seratus kali. Sesiapa yang berselawat ke atasku seratus kali, Allah akan tuliskan di antara kedua matanya : Bebas daripada kemunafikan, bebas daripada azab neraka, serta Allah menempatkannya bersama para syuhada pada hari kiamat.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1121, hadis nombor 5664. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر دون الجملة الأولى) عن أنس رضي الله عنه، قال: قال النبي صلى الله عليه وسلم يقول: من صلى علي صلاة واحدة صلى الله عليه عشرا ومن صلى علي عشرا صلى الله عليه مئة. ومن صلى علي مئة كتب الله بين عينيه براءة من النفاق وبراءة من النار وأسكنه الله يوم القيامة مع الشهداء. [طس، طص، الضعيفة (6852)].
(Munkar selain ayat pertama) Daripada Anas RA, beliau berkata, Nabi SAW bersabda: Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali, Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali. Sesiapa yang berselawat ke atasku sepuluh kali, Allah akan berselawat ke atasnya seratus kali. Sesiapa yang berselawat ke atasku seratus kali, Allah akan tuliskan di antara kedua matanya : Bebas daripada kemunafikan, bebas daripada azab neraka, serta Allah menempatkannya bersama para syuhada pada hari kiamat. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat dan al-Mu'jam al-Saghir. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6852]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.