Sesiapa yang berselawat ke atasku pada hari Jumaat dan malam Jumaat sebanyak 100 kali

TEKS BAHASA ARAB

من صلى علي في يوم جمعة وليلة جمعة مئة من الصلاة قضى الله له مئة حاجة: سبعين من حوائج الآخرة وثلاثين من حوائج الدنيا. ووكل الله عز وجل بذلك ملكا يدخله على قبري كما يدخل عليكم الهدايا إن علمي بعد موتي كعلمي في حياتي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang berselawat ke atasku pada hari Jumaat dan malam Jumaat sebanyak 100 kali, maka Allah SWT akan memperkenankan 100 permintaannya, iaitu sebanyak 70 daripadanya adalah permintaan pada hari akhirat, dan 30 lagi adalah permintaan ketika di dunia. Allah SWT juga mewakilkan selawat tersebut kepada malaikat untuk memasukkannya ke dalam kuburku seperti mana kamu menerima hadiah. Sesungguhnya pengetahuanku selepas mati sama seperti pengetahuan ketika aku masih hidup.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1157, hadis nombor 5850. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من صلى علي في يوم جمعة وليلة جمعة مئة من الصلاة قضى الله له مئة حاجة: سبعين من حوائج الآخرة وثلاثين من حوائج الدنيا ووكل الله عز وجل بذلك ملكا يدخله على قبري كما يدخل عليكم الهدايا إن علمي بعد موتي كعلمي في حياتي)). [الأصبهاني، فر، الضعيفة (5857)]

(Palsu) Daripada Anas bin Malik RA, telah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang berselawat ke atasku pada hari Jumaat dan malam Jumaat sebanyak 100 kali, maka Allah SWT akan memperkenankan 100 permintaannya, iaitu sebanyak 70 daripadanya adalah permintaan pada hari akhirat, dan 30 lagi adalah permintaan ketika di dunia. Allah SWT juga mewakilkan selawat tersebut kepada malaikat untuk memasukkannya ke dalam kuburku seperti mana kamu menerima hadiah. Sesungguhnya pengetahuanku selepas mati sama seperti pengetahuan ketika aku masih hidup.[Riwayat al-Asbahani dan al-Daylami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 5857]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs