Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ صَلَّى عليَّ في يوم جمعة وليلةِ جمعة مِئَةً من الصلاة، قَضَى الله له مئةَ حاجةً: سَبْعِيْنَ من حَوَائِجِ الآخرةِ، وثلاثين من حوائج الدنيا، ووَكَّلَ الله عز وجل بذلك ملكًا يُدْخِلْهُ على قَبْرِيْ كما يُدْخِلُ عليكُم الهدايا؛ إِنَّ عِلْمِيْ بعد موتي كعِلْمِي في حَيَاتِي.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang berselawat ke atasku pada hari Jumaat dan malam Jumaat sebanyak 100 kali, maka Allah SWT akan memperkenankan 100 permintaannya, iaitu sebanyak 70 daripadanya adalah permintaan pada hari akhirat, dan 30 lagi adalah permintaan ketika di dunia. Allah SWT juga mewakilkan selawat tersebut kepada malaikat untuk memasukkannya ke dalam kuburku seperti mana kamu menerima hadiah. Sesungguhnya pengetahuanku selepas mati sama seperti pengetahuan ketika aku masih hidup.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1157, hadis no. 5850. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من صلى علي في يوم جمعة وليلة جمعة مئة من الصلاة قضى الله له مئة حاجة: سبعين من حوائج الآخرة وثلاثين من حوائج الدنيا ووكل الله عز وجل بذلك ملكا يدخله على قبري كما يدخل عليكم الهدايا إن علمي بعد موتي كعلمي في حياتي. [الأصبهاني، فر، الضعيفة (5857)]
(Palsu) Daripada Anas bin Malik RA, telah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang berselawat ke atasku pada hari Jumaat dan malam Jumaat sebanyak 100 kali, maka Allah SWT akan memperkenankan 100 permintaannya, iaitu sebanyak 70 daripadanya adalah permintaan pada hari akhirat, dan 30 lagi adalah permintaan ketika di dunia. Allah SWT juga mewakilkan selawat tersebut kepada malaikat untuk memasukkannya ke dalam kuburku seperti mana kamu menerima hadiah. Sesungguhnya pengetahuanku selepas mati sama seperti pengetahuan ketika aku masih hidup.[Riwayat al-Asbahani dan al-Daylami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 5857]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman