Munkar dengan Penambahan: Hamba Tawanan
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من صلَّى عليَّ، كتب اللهُ عزَّ وجلَّ له بها عشرَ حسناتٍ، ومحا عنه بها عشرَ سيئاتٍ، ورفعه بها عشرَ درجاتٍ، وكنَّ له عِدلَ عتقِ عشرِ رقابٍ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang berselawat ke atasku, Allah akan mencatatkan baginya sepuluh kebaikan, menghapuskan daripadanya sepuluh keburukan dan mengangkatnya dengan selawat tersebut sepuluh darjat, dan kesemua ganjaran tersebut menyamai memerdekakan sepuluh orang hamba tawanan.
Sahabat Perawi
- al-Bara' bin 'Azib
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar dengan Penambahan: Hamba Tawanan
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2065, hadis no. 10377. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بزيادة: ((الرقاب))) عن البراء بن عازب رضي الله عنه ، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من صلى عليّ، كتب الله - عز وجل - له بها عشر حسنات، ومحا عنه بها عشر سيئات، ورفعه بها عشر درجات، وكنّ له عدل عِتق عشر رِقاب. [ابن أبي عاصم في ((الصلاة على النبي صلى الله عليه وسلم))، ((الضعيفة)) (6625)]
(Munkar Dengan Penambahan: Hamba Tawanan) Daripada al-Barā’ bin ‘Āzib RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang berselawat ke atasku, Allah akan mencatatkan baginya sepuluh kebaikan, menghapuskan daripadanya sepuluh keburukan dan mengangkatnya dengan selawat tersebut sepuluh darjat, dan kesemua ganjaran tersebut menyamai memerdekakan sepuluh orang hamba tawanan. [Riwayat Ibn Abu ‘Āṣim dalam al-Ṣalāh ‘Alā al-Nabī SAW. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6625]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman