Sesiapa yang berselawat ke atas Rasulullah SAW sebanyak sekali, Allah dan para malaikat akan berselawat untuknya sebanyak tujuh puluh kali

TEKS BAHASA ARAB

من صلى على رسول الله صلى الله عليه وسلم واحدة صلى الله عليه وملائكته سبعين صلاة فليقل عبد من ذلك أو ليكثر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang berselawat ke atas Rasulullah SAW sebanyak sekali, Allah dan para malaikat akan berselawat untuknya sebanyak tujuh puluh kali. Justeru hendaklah setiap hamba mengurangkan atau memperbanyakkan selawat.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1121, hadis nombor 5663. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بلفظ سبعين) عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما قال: من صلى على رسول الله صلى الله عليه وسلم واحدة صلى الله عليه وملائكته سبعين صلاة فليُقلَّ عبد من ذلك أو ليُكثر. [حم، الضعيفة (6626)].

(Munkar dengan lafaz tujuh puluh kali) Daripada ‘Abdullah bin ‘Amr RA, beliau berkata: Sesiapa yang berselawat ke atas Rasulullah SAW sebanyak sekali, Allah dan para malaikat akan berselawat untuknya sebanyak tujuh puluh kali. Justeru hendaklah setiap hamba boleh mengurangkan dan memperbanyakkan selawat. [Riwayat Ahmad dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6626]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.