Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ صَلَّى عَلَى رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَاحِدَةً صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَمَلَائِكَتُهُ سَبْعِينَ صَلَاةً فَلْيَقُلْ عَبْدٌ مِنْ ذَلِكَ أَوْ لِيُكْثِرْ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang berselawat ke atas Rasulullah SAW sebanyak sekali, Allah dan para malaikat akan berselawat untuknya sebanyak tujuh puluh kali. Justeru hendaklah setiap hamba mengurangkan atau memperbanyakkan selawat.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1121, hadis no. 5663. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بلفظ سبعين) عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما قال: من صلى على رسول الله صلى الله عليه وسلم واحدة صلى الله عليه وملائكته سبعين صلاة فليُقلَّ عبد من ذلك أو ليُكثر. [حم، الضعيفة (6626)].
(Munkar dengan lafaz tujuh puluh kali) Daripada ‘Abdullah bin ‘Amr RA, beliau berkata: Sesiapa yang berselawat ke atas Rasulullah SAW sebanyak sekali, Allah dan para malaikat akan berselawat untuknya sebanyak tujuh puluh kali. Justeru hendaklah setiap hamba boleh mengurangkan dan memperbanyakkan selawat. [Riwayat Ahmad dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6626]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman