Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من صلىَّ على محمدٍ وقال: اللهمَّ أنزلهُ المقعدَ المقرَّبَ عندكَ يومَ القيامةِ؛ وجبتْ لهُ شفاعتي.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang berselawat ke atas Muhammad, kemudian berdoa: Wahai Allah, tempatkanlah Baginda di tempat duduk yang dekat dengan-Mu di akhirat kelak, dia wajib menerima syafaatku.
Sahabat Perawi
- Ruwaifi‘ bin Thabit al-Ansari RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1071, hadis no. 5456. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن رويفع بن ثابت الأنصاري رضي الله عنهما مرفوعا: من صلى على محمد وقال: اللهم أنزله المقعد المقرب عندك يوم القيامة وجبت له شفاعتي. [حم، إسماعيل القاضي في فضل الصلاة على النبي، وكذا ابن أبي عاص، والبزار، وابن عبد الحكم في فتوح مصر، طب، طس، الضعيفة (5142)]
(Lemah) Daripada Ruwaifi‘ bin Thabit al-Ansari RA secara marfu‘ daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: Sesiapa yang berselawat ke atas Muhammad, kemudian berdoa: Wahai Allah, tempatkanlah Baginda di tempat duduk yang dekat dengan-Mu di akhirat kelak, dia wajib menerima syafaatku. [Riwayat Ahmad dalam al-Musnad, Isma‘il al-Qadi dalam Fadl al-Salat ‘ala al-Nabi, Ibn Abi ‘Asim dalam al-Sunnah, al-Bazzar dalam al-Musnad, Ibn ‘Abd al-Hakam dalam Futuh Misr, al-Tabarani dalam al-Kabir dan al-Awsat. Lihat Silsilah al-Dha'ifah no. 5142]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman