Sesiapa yang bersama dengan sesuatu kaum, maka dia merupakan sebahagian daripada mereka

TEKS BAHASA ARAB

من سود مع قوم؛ فهو منهم. ومن روع مسلما لرضا سلطان؛ جيء به معه يوم القيامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang bersama dengan sesuatu kaum, maka dia merupakan sebahagian daripada mereka. Dan sesiapa yang menakut-nakutkan seorang muslim demi keredaan penguasa, maka dia akan didatangkan bersamanya pada hari kiamat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 841, hadis nombor 4317. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس -رضي الله عنه- مرفوعا: ((من سود مع قوم؛ فهو منهم. ومن روع مسلما لرضا سلطان؛ جيء به معه يوم القيامة)).
[أبو محمد المخلدي في ((الفوائد))، خط، ((الضعيفة)) (4608)]

(Lemah) Daripada Anas RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang bersama dengan sesuatu kaum, maka dia merupakan sebahagian daripada mereka. Dan sesiapa yang menakut-nakutkan seorang muslim demi keredaan penguasa, maka dia akan didatangkan bersamanya pada hari kiamat.
[Riwayat Abū Muḥammad al-Makhladī dalam al-Fawā‘id dan al-Khaṭīb dalam Tārīkh Baghdād. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4608]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs