Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من سوَّد مع قومٍ؛ فهو منهم. ومن روَّع مسلمًا لرضا سلطانٍ؛ جيء به معهُ يومَ القيامةِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang bersama dengan sesuatu kaum, maka dia merupakan sebahagian daripada mereka. Dan sesiapa yang menakut-nakutkan seorang muslim demi keredaan penguasa, maka dia akan didatangkan bersamanya pada hari kiamat.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 841, hadis no. 4317. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس -رضي الله عنه- مرفوعا: ((من سود مع قوم؛ فهو منهم. ومن روع مسلما لرضا سلطان؛ جيء به معه يوم القيامة)). [أبو محمد المخلدي في ((الفوائد))، خط، ((الضعيفة)) (4608)]
(Lemah) Daripada Anas RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang bersama dengan sesuatu kaum, maka dia merupakan sebahagian daripada mereka. Dan sesiapa yang menakut-nakutkan seorang muslim demi keredaan penguasa, maka dia akan didatangkan bersamanya pada hari kiamat. [Riwayat Abū Muḥammad al-Makhladī dalam al-Fawā‘id dan al-Khaṭīb dalam Tārīkh Baghdād. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4608]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman