Sesiapa yang bersama dengan sesebuah kaum

TEKS BAHASA ARAB

من سود مع قوم؛ فهو منهم. ومن روع مسلما لرضا سلطان؛ جيء به معه يوم القيامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang bersama dengan sesebuah kaum, maka dia adalah sebahagian daripada mereka. Dan sesiapa yang menakut-nakutkan seorang muslim untuk keredaan pemerintah, maka dia akan didatangkan bersamanya pada hari kiamat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 88, hadis nombor 444. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أنس -رضي الله عنه- مرفوعاً: من سود مع قوم؛ فهو منهم. ومن روع مسلماً لرضا سلطان؛ جيء به معه يوم القيامة.
[المخلدي في ((الفوائد))، خط، ((الضعيفة)) (4608)]

(Lemah)
Daripada Anas RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang bersama dengan sesebuah kaum, maka dia adalah sebahagian daripada mereka. Dan sesiapa yang menakut-nakutkan seorang muslim untuk keredaan pemerintah, maka dia akan didatangkan bersamanya pada hari kiamat.
[Riwayat al-Makhladī dalam al-Fawā’id, al-Baghdādī dalam Tārīkh Baghdād. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4608]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs