Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ مشَى معَ ظالِمٍ ليُعِينَهُ -وهو يعلَمُ أنَّهُ ظالِمٌ-؛ فقدْ خرجَ مِنَ الإسلامِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang bersama dengan orang yang zalim untuk menolongnya sedangkan dia tahu bahawa dia merupakan orang yang zalim, maka dia telah keluar daripada Islam.
Sahabat Perawi
- Aus bin Syurahbil RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 844, hadis no. 4331. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أوس بن شرحبيل -رضي الله عنه-، قال: إنه سمع رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ((من مشى مع ظالم ليعينه -وهو يعلم أنه ظالم-؛ فقد خرج من الإسلام)). [طب، ((الضعيفة)) (5367)]
(Lemah) Daripada Aus bin Syurahbīl RA berkata: Sesungguhnya beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang bersama dengan orang yang zalim untuk menolongnya sedangkan dia tahu bahawa dia merupakan orang yang zalim, maka dia telah keluar daripada Islam. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu’jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5367]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman