Sesiapa yang bersalaman dengan orang Yahudi atau Nasrani

TEKS BAHASA ARAB

حديث: “مَنْ صَافَحَ يَهُودِيًّا أَوْ نَصْرَانِيًّا فَلْيَتَوَضَّأْ وَلْيَغْسِلْ يَدَه”

 

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: “Sesiapa yang bersalaman dengan orang Yahudi atau Nasrani hendaklah berwuduk dan hendaklah dia membasuh tangannya”

 

STATUS

Tidak sahih

 

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 8, hadis nombor 8. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

 

رواه ابن عدي عن ابن عباس رضي الله عنه مرفوعا، وقال: لا يصح، وفي إسناده إبراهيم بن هانئ، مجهول يحدث بالأباطيل

Ibn ‘Adi meriwayatkan daripada Ibn Abbas secara marfu’ (yang disandarkan kepada nabi), Ibn ‘Adi berkata : hadith ini tidak sahih kerana pada sanadnya terdapat perawi bernama Ibrahim bin Hani’ seorang yang majhul (tidak kenali) dan sering meriwayatkan hadith-hadith batil.

 

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

 

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

 

Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

 

beacon