Sesiapa yang bersalaman dengan hamba yang soleh dan melayannya

TEKS BAHASA ARAB

من صافح عبدا صالحا أو عانقه؛ أوجب الله له الجنة، وكأنما صافح أركان العرش، فإن عانقه؛ غفرت ذنوبه، ودخل الجنة بغير حساب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang bersalaman dengan hamba yang soleh dan melayannya, Allah akan mewajibkan baginya syurga. Ia seperti bersalaman dengan penjuru Arasy. Jika dia telah berjumpanya, maka dosanya akan diampun, dan memasuki syurga tanpa hisab.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 690, hadis nombor 3546. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عائشة -رضي الله عنها- قالت: قال رسول صلى الله عليه وسلم: ((من صافح عبدا صالحا أو عانقه؛ أوجب الله له الجنة، وكأنما صافح أركان العرش، فإن عانقه؛ غفرت ذنوبه، ودخل الجنة بغير حساب)). [فر، ((الضعيفة)) (6359)]

(Palsu) Daripada Aisyah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang bersalaman dengan hamba yang soleh dan melayannya, Allah akan mewajibkan baginya syurga. Ia seperti bersalaman dengan penjuru Arasy. Jika dia telah berjumpanya, maka dosanya akan diampun, dan memasuki syurga tanpa hisab.” [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6359]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs