Classification icon

Batil

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang bersabar akan cuaca panas di Mekah

Teks Bahasa Arab

حَدِيث: من صَبر على حر مَكَّة سَاعَة تَبَاعَدت مِنْهُ جَهَنَّم مسيرَة مِائَتي عَام، وَفِي لفظ: سبعين خَرِيفًا.

Teks Bahasa Melayu

Hadis: Sesiapa yang bersabar akan cuaca panas di Mekah seketika, dijauhkan darinya neraka jahannam sejauh 200 tahun perjalanan. Dalam lafaz lain: 70 musim.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)

Status

Batil

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 184, hadis no. 572. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال العقيلي: باطل، لا أصل له.

Al-'Uqaili berkata: Batil, tiada asalnya.

Rujukan

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.