TEKS BAHASA ARAB
من صام ثلاثة أيام من شهر حرام: الخميس والجمعة والسبت كتب له عبادة سنتين.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan haram (Zulkaedah, Zulhijah, Muharam dan Rejab) iaitu pada hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, maka ditulis untuknya pahala beribadah selama dua tahun.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1144, hadis nombor 5788. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس رضي الله عنه مرفوعا: من صام ثلاثة أيام من شهر حرام: الخميس والجمعة والسبت كتب له عبادة سنتين. [طس، تمام، ابن عساكر، أبو عمر بن منده في أحاديثه، الخلال في فضل رجب، الخطيب في الموضح، أبو الغنائم الدجاجي في حديث ابن شاه، ابن الجوزي في مسلسلاته، عبد الغني المقدسي في الفوائد، الضعيفة (4611)]
(Lemah) Daripada Anas RA secara marfu’(disandarkan kepada Nabi SAW: Sesiapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan haram (Zulkaedah, Zulhijah, Muharam dan Rejab) iaitu pada hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, maka ditulis untuknya pahala beribadah selama dua tahun. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat, Tamam dalam al-Fawa’id, Ibn ‘Asakir, Abu ‘Umar bin Mandah dalam Ahadis, al-Khallal dalam Fadhl Rajab, al-Khatib dalam Muwaddih, Ibn Ghana’im al-Dujaji dalam Hadis Ibn Syah, Ibn Jawzi dalam Musalsalatnya dan ‘Abdul Ghani al-Maqdisi dalam al-Fawaid. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4611].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.