Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ صَامَ ثَلاثةَ أيامٍ من شهرٍ حرامٍ: الخميس والجمعة والسبت؛ كُتِبَ له عَبَادَةُ سَنَتَيْنِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan haram (Zulkaedah, Zulhijah, Muharam dan Rejab) iaitu pada hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, maka ditulis untuknya pahala beribadah selama dua tahun.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1144, hadis no. 5788. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس رضي الله عنه مرفوعا: من صام ثلاثة أيام من شهر حرام: الخميس والجمعة والسبت كتب له عبادة سنتين. [طس، تمام، ابن عساكر، أبو عمر بن منده في أحاديثه، الخلال في فضل رجب، الخطيب في الموضح، أبو الغنائم الدجاجي في حديث ابن شاه، ابن الجوزي في مسلسلاته، عبد الغني المقدسي في الفوائد، الضعيفة (4611)]
(Lemah) Daripada Anas RA secara marfu’(disandarkan kepada Nabi SAW: Sesiapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan haram (Zulkaedah, Zulhijah, Muharam dan Rejab) iaitu pada hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, maka ditulis untuknya pahala beribadah selama dua tahun. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat, Tamam dalam al-Fawa’id, Ibn ‘Asakir, Abu ‘Umar bin Mandah dalam Ahadis, al-Khallal dalam Fadhl Rajab, al-Khatib dalam Muwaddih, Ibn Ghana’im al-Dujaji dalam Hadis Ibn Syah, Ibn Jawzi dalam Musalsalatnya dan ‘Abdul Ghani al-Maqdisi dalam al-Fawaid. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4611].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman