Sesiapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan haram

TEKS BAHASA ARAB

حديث: من صام ثلاثة أيام من شهر حرام: الخميس والجمعة والسبت، كتب الله له عبادة تسعمائة سنة. وفي لفظ: ستين سنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesiapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan haram iaitu pada hari khamis, jumaat dan sabtu, Allah menulis baginya pahala ibadah 900 tahun.
Dalam lafaz lain: 60 tahun.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 184, hadis nombor 573. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

أورد السخاوي غالب طرقه، ثم قال: وبالجملة فهو باطل متنا وتسلسلا.

Al-Sakhawi telah membawakan kebanyakkan sanad-sanadnya, kemudian beliau berkata: Keseluruhannya, ia hadith batil sama ada pada matan dan rantaiannya.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs