TEKS BAHASA ARAB
حديث: من صام يوما تطوعا فلو أعطي ملء الأرض ذهبا ما وفي بأجره.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Sesiapa yang berpuasa sunat sehari, jika diberikan emas yang memenuhi bumi maka tidak akan dapat menandingi pahalanya.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 92, hadis nombor 18. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال في الذيل: في كذابان.
Al-Suyuthi berkata dalam kitab al-Zail padanya terdapat dua orang perawi pendusta.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.