Sesiapa yang berpuasa sunat satu hari

TEKS BAHASA ARAB

‌من صام يوما تطوعا لم يطلع عليه أحد لم يرض الله له بثواب دون الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang berpuasa sunat satu hari, dan tidak diketahui oleh orang lain; Allah tidak akan reda untuk memberikan pahala tanpa ganjaran syurga.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1145, hadis nombor 5790. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

‌(موضوع) عن سهل بن سعد رضي الله عنه مرفوعا: من صام يوماً تطوعاً لم يطلع عليه أحد لم يرض الله له بثواب دون الجنة. [خط، الضعيفة (4614)]

(Palsu) Daripada Sahl bin Sa’ad RA secara marfu’(disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang berpuasa sunat satu hari, dan tidak diketahui oleh orang lain; Allah tidak akan reda untuk memberikan pahala tanpa ganjaran syurga. [Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4614]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs