Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من صام يوماً تطوعاً، لم يطلع عليه أحد؛ لم يرض الله له بثواب دون الجنة.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang berpuasa sunat satu hari, dan tidak diketahui oleh orang lain; Allah tidak akan reda untuk memberikan pahala tanpa ganjaran syurga.
Sahabat Perawi
- Sahl Bin Sa’ad RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1145, hadis no. 5790. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن سهل بن سعد رضي الله عنه مرفوعا: من صام يوماً تطوعاً لم يطلع عليه أحد لم يرض الله له بثواب دون الجنة. [خط، الضعيفة (4614)]
(Palsu) Daripada Sahl bin Sa’ad RA secara marfu’(disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang berpuasa sunat satu hari, dan tidak diketahui oleh orang lain; Allah tidak akan reda untuk memberikan pahala tanpa ganjaran syurga. [Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4614]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman