TEKS BAHASA ARAB
حديث: من صام تسعة أيام من أول المحرم بنى الله له قبة في الهواء ميلا في ميل _ إلخ.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Sesiapa yang berpuasa sembilan hari pada awal Muharram maka Allah akan membina baginya kubah di udara luasnya satu batu persegi… hingga akhir hadis.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 96, hadis nombor 32. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه أبو نعيم عن أنس مرفوعا وهو موضوع آفته: موسى الطويل.
Abu Nuaim meriwayatkan daripada Anas, secara marfu' (disandarkan kepada Nabi) ia adalah palsu, pemalsunya ialah Musa al-Tawil.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.