Classification icon

Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang berpuasa sembilan hari pada awal Muharram

Teks Bahasa Arab

حديث: من صام تسعة أيام من أول المحرم بنى الله له قبة في الهواء ميلا في ميل _ إلخ.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Sesiapa yang berpuasa sembilan hari pada awal Muharram maka Allah akan membina baginya kubah di udara luasnya satu batu persegi… hingga akhir hadis.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 96, hadis no. 32. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه أبو نعيم عن أنس مرفوعا وهو موضوع آفته: موسى الطويل.

Abu Nuaim meriwayatkan daripada Anas, secara marfu' (disandarkan kepada Nabi) ia adalah palsu, pemalsunya ialah Musa al-Tawil.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.