Sesiapa yang berpuasa sehari dalam bulan Rejab

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حديث: من صام يوما من رجب، وصلى ركعتين يقرأ في الركعة الأولى مائة مرة آية الكرسي، وفي الثانية مائة مرة: {قل هو الله أحد} لم يمت حتى يرى مقعده من الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesiapa yang berpuasa sehari dalam bulan Rejab, solat dua rakaat dengan membaca di rakaat pertama ayat Kursi 100 kali, dan rakaat kedua membaca Qul Huwallahu Ahad 100 kali, maka dia tidak akan mati sebelum melihat tempat duduknya di syurga.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 186, hadis nombor 578. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

موضوع.

Palsu

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.