Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang berpuasa sehari dalam bulan Rejab kemudian solat empat rakaat

Teks Bahasa Arab

حديث: من صام يوما من رجب وصلى فيه أربع ركعات يقرأ في أول ركعة مائة مرة آية الكرسي وفي الركعة الثانية مائة مرة قل هو الله أحد لم يمت حتى يرى مقعده من الجنة أو يرى له.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Sesiapa yang berpuasa sehari dalam bulan Rejab kemudian solat empat rakaat lalu membaca pada rakaat pertama seratus kali Ayat Kursi, membaca pada rakaat kedua seratus kali surah al-Ikhlas, maka dia tidak akan mati sehingga melihat tempatnya di syurga atau diperlihatkan untuknya.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 47, hadis no. 105. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

هو موضوع وأكثر رواته مجاهيل.

Hadith ini palsu kebanyakan perawi-perawinya tidak dikenali.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.