Sesiapa yang berpuasa satu hari (ketika berperang) di jalan Allah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

‌‌من صام يوماً في سبيل الله بعد الله وجهه عن النار مئة عام، ركض الفرس الجواد المضمر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang berpuasa satu hari (ketika berperang) di jalan Allah, Allah akan menjauhkan wajahnya daripada neraka selama 100 tahun yang mana tempohnya menyamai kelajuan larian kuda perang berlari di lapangan.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1164, hadis nombor 5886. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

‌‌(منكر بهذا التام) غن أبي أمامة رضي الله عنه قال: قال صلى الله عليه وسلم : من صام يوماً في سبيل الله بعد الله وجهه عن النار مئة عام ركض الفرس الجواد المضمر. [طب، عب، الشجري، الضعيفة (6910)]

(Munkar dengan lafaz yang lengkap) Daripada Abu Umamah RA telah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang berpuasa satu hari (ketika berperang) di jalan Allah, Allah akan menjauhkan wajahnya daripada neraka selama 100 tahun yang mana tempohnya menyamai kelajuan larian kuda perang berlari di lapangan. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, Musannaf ‘Abdul Razak, dan al-Syajri. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no.6910]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.